Friday 1 November 2013

Seekor Anak Tony + Omey Diserahkan Kepada Orang

 Seekor anak Tony + Omey telah diserahkan pada seorang Pakcik member satu opis emak Ida. Sepanjang perjalanan emak menangis dalam kereta kerana anak Tony ni masih baby tetapi anak pakcik tu dah tak sabar ingin memiliki. Emak pun naik rimas bila pakcik tu hari2 tanya. So emak Ida pun ambil keputusan untuk menyerahkan baby kucing ni dengan segera. Tetambah bila pakcik tu kata di rumahnya ada seekor ibu kucing yang telah kematian anaknya dan si ibu seakan2 'meroyan' hari2 mencari anaknya. So emak Ida pun gagahkan juga untuk menyerahkan baby ni dengan harapan dia boleh menumpang kasih.

Tengok lah, muka baby kucing ni pun macam sedih jer kerana berpisah dengan adik beradiknya yang lain. Masa keluar dari rumah, mak bisik dengan baby ni, kita pergi rumah baru ya... baby ni seakan mengerti dan mengingau-ngiau, terus jer air mata emak mengalir. 

Masa dalam kereta baby tertidur.

Dan di rumah hanya tinggal dua ekor. Ini pun telah di cup oleh kawan2 emak dan ayah. Tetapi mereka bersabar untuk tunggu kedua2 baby ni besar.

Mungkin ramai yang tertanya kenapa keluarga Ida suka memberi anak kucing kepada orang lain... jawapannya adalah, kami tinggal di Apartment yang meletakkan undang2 tidak boleh memelihara binatang dalam rumah samada kucing atau anjing atau apa2 binatang sekalipun.

4 comments:

  1. huhuhu..kesian tony... lol... btw..follow dayat balik k :)

    ReplyDelete
  2. sebaknya..sebak sangat..ya Allah pilunya hati :)

    ReplyDelete
  3. kalau x bleh pelihara kucing, kira bela tony dan omey tu bela senyap2 la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup bela senyap...dorang main kat dalam jer... macam tony dapat gak tengok suasana luar sebab dia berani panjat tembok tinggi...maklumlah jantan, kreatif sikit hehe

      Delete