Wednesday 6 November 2013

Anak Kucing Ida Yang Comel

Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya anak kucing ni ada 3 ekor kesemuanya tetapi seekor dah kasi orang (boleh baca sini). Ni yang 2 ni pun semua orang dah cup. Seekor yang kaler oren tu bos emak punya dan yang belang hitam tu kawan ayah. Mereka nak tunggu sampai bercerai susu. Kami bukan tanak bela anak kucing ni tapi maklumlah duduk apartment banyak sangat peraturan tidak dibenarkan memelihara binatang. Cukuplah 2 ekor saja si Tony (jantan) dan Omey (betina). Setiap kali Omey beranak jer kami kasi kat orang yang sayang dengan kucing. Kalau orang yang sayang kucing ni, mereka akan jaga dengan baik. Jadi tak lah ralat sangat hati kita bila tengok tuan baru sayang kat mereka. 

Kalau tak hari tu, ayah nak bawa kucing-kucing balik kampung Kuantan, tapi ada kawan emak kasi idea, kasi jer kat orang yang benar-benar nak bela. Kami takde niat nak jual pun. Dan kawan emak tu ambil lah sekor. Anak kawan emak tu cukup sayang dengan anak kucing tu, siap di bedung dan kasi susu botol lagi. Puas hati hati dibuatnya. Kalau nak tahu sejarah kucing-kucing Ida boleh baca di sini - Cerita Si Tony

Bila balik JB, baru dapat bergambar dengan anak-anak kucing ni, kalau tak cuma dapat gambar mereka melalui whatsapp dari ayah jer..







Friday 1 November 2013

Seekor Anak Tony + Omey Diserahkan Kepada Orang

 Seekor anak Tony + Omey telah diserahkan pada seorang Pakcik member satu opis emak Ida. Sepanjang perjalanan emak menangis dalam kereta kerana anak Tony ni masih baby tetapi anak pakcik tu dah tak sabar ingin memiliki. Emak pun naik rimas bila pakcik tu hari2 tanya. So emak Ida pun ambil keputusan untuk menyerahkan baby kucing ni dengan segera. Tetambah bila pakcik tu kata di rumahnya ada seekor ibu kucing yang telah kematian anaknya dan si ibu seakan2 'meroyan' hari2 mencari anaknya. So emak Ida pun gagahkan juga untuk menyerahkan baby ni dengan harapan dia boleh menumpang kasih.

Tengok lah, muka baby kucing ni pun macam sedih jer kerana berpisah dengan adik beradiknya yang lain. Masa keluar dari rumah, mak bisik dengan baby ni, kita pergi rumah baru ya... baby ni seakan mengerti dan mengingau-ngiau, terus jer air mata emak mengalir. 

Masa dalam kereta baby tertidur.

Dan di rumah hanya tinggal dua ekor. Ini pun telah di cup oleh kawan2 emak dan ayah. Tetapi mereka bersabar untuk tunggu kedua2 baby ni besar.

Mungkin ramai yang tertanya kenapa keluarga Ida suka memberi anak kucing kepada orang lain... jawapannya adalah, kami tinggal di Apartment yang meletakkan undang2 tidak boleh memelihara binatang dalam rumah samada kucing atau anjing atau apa2 binatang sekalipun.