Friday 25 October 2013

Anak Tony + Omey Dah Pandai Berjalan


Anak2 Tony + Omey ni dah berusia lebih kurang satu bulan dan dah pandai berjalan. Ada pakcik kawan kepada emak Ida tu, dah tak sabar2 nak bawa balik... Emak dah cakap, tunggu sampai anak2 kucing ni dah pandai makan dan bercerai susu baru leh ambil... iskk...iskk tak sabarnya dia...



Anak Tony + Omey Dah Pandai Berjalan

Anak Tony + Omey Dah Pandai Berjalan

Anak Tony + Omey Dah Pandai Berjalan

Anak Tony + Omey Dah Pandai Berjalan

Anak Tony + Omey Dah Pandai Berjalan

Wednesday 16 October 2013

Tony Tengah Stim

Tony tengah stim selepas telinganya dikorek dan dibersihkan...

Tony Tengah Stim

Tony Tengah Stim

Tuesday 15 October 2013

Aksi Terlampau Si Tony

Aksi Terlampau Si Tony

Perghhh dahsyat betul Si Tony ni, dalam senyap-senyap dia melepaskan air kecilnya di dalam rice cooker emak. Masa tu emak baru balik dari kerja nak letak barang yang baru di belinya kat dapur...Tup..tup Tony dah buat aksi melampaunya...dan tengok air kencing Tony dah meleleh jer ikut bawah rice cooker tu. Terpaksalah beli rice cooker yang baru.

Pada hal pasir tempat dia melepas telah disediakan di bilik air khas untuknya.

Aksi Terlampau Si Tony


Monday 14 October 2013

Tony Demam

Hari ini mendapat perkabaran dari Ayah Ida bahawa Tony demam. Ubat demam pun dah bagi. Tapi badan dia masih panas,  tidur pun tak selesa, selalunya Tony akan tidur atas katil atau atas kerusi tetapi hari ini dia sering beralih tempat. Maklumlah orang demam, serba tak kena. Tempat yang selesa baginya pada hari ini adalah di atas meja kerja Ayah Ida... ermmm...

Kiriman gambar Tony dari Ayah petang tadi di dalam whatsapp. Sian kan....



Tony demam

Tony demam



Saturday 12 October 2013

Anak Tony + Omey Dah Celik Mata

Dua minggu lepas Omey selamat melahirkan anak entah kali yang keberapa, mungkin kali ke 4 kot. Kali ni sebanyak tiga ekor. Dua berwarna oren macam Tony dan seekor lagi macam warna Omey (3 warna). Hari ini anak Omey dah celikkan mata...comel-comel belaka. Dua yang warna oren tu belum ada nama tapi yang hitam tu dah diberi nama Oreo. Jantan betina juga masih belum dipastikan lagi tetapi ketiga-tiga telah dicup oleh kawan-kawan ayah dan emak Ida.






Hanya Tinggal Kenangan

Hanya Tinggal Kenangan

Tony bersama Oren. Oren ni adalah anak Tony dengan Omey (ibu). Tapi Oren dah mati. Sebelum bulan puasa yang lepas, Ayah kasi Oren kepada kawan lama dia yang tinggal di Pasir Gudang, Johor. Makcik tu ada pelihara 5 ekor kucing lain (termasuk Oren). Suatu hari bila Makcik ni bangun pagi kesemua kucing-kucingnya yang di dalam kandang telah mati. Menangis Makcik tu mengadu pada Ayah. Menurut kata doktor, kesemua kucing-kucing Makcik tu keracunan melalui air yang diminum. Kesian kan?  Pasir Gudang terkenal dengan kawasan perindustrian, so cuaca memang tidak bagus. Habuk-habuk yang beterbangan telah masuk ke dalam air minuman menyebabkannya tercemar. Atau pun mungkin ada orang yang sakit hati atau jeles tengok kucing Makcik tu comel-comel, so mereka letak racun? Wallahualam. 

Thursday 10 October 2013

Kesayangan Ayah


Tony paling manja dengan ayah... kalau ayah tengah solat, dia akan duduk tepi sejadah dan tidak akan ganggu sehingga ayah lepas solat. Tapi bila sudah selesai mulalah mengada2 minta perhatian dari ayah.

Wednesday 2 October 2013

TONY


Nama: Tony
Usia: 7 Tahun
Berat: 4 KG