Wednesday 22 January 2014

Telatah Oyen Bersama Keluarga Baru

Salam semua....
Masih ingat tak dengan anak-anak Tony yang tiga ekor semua dah di cup orang - Anak Kucing Ida Yang Comel

Sekarang nak cerita pasal si Oyen... dan sebulan duduk dengan keluarga baru iaitu Bos emak Ida.. Sekarang usia si Oyen dah 4 bulan... Jom tengok telatah si Oyen di rumah baru.

Gambar bawah ni si Oyen baru 2 hari sampai ke rumah baru... sian...masih  dalam proses menyesuaikan diri. Kata bos emak memang kesihan tengok si Oyen seharian menangis mencari ibunya. Akhirnya kepenatan dan tertidur atas sofa.



Yang bawah ni pula dah mula ceria dah main guling-guling dengan abang dan kakak baru (anak bos emak)



Yang ini termenung jauh... teringat ibu kot hehehe


Menurut kata bos emak Ida, si Oyen selalu membuat aksi begini, berdiri dengan dua kaki macam ini



Yang ini lak... tu dia... dah sebulan tinggal di rumah baru... dialah orangnya hehehe. Duduk dalam pinggan! Ceritanya begini, keluarga bos emak Ida ini cuma ada empat beranak jer... Suatu petang mereka nak makan spaggeti... oklah... mereka pun sediakan pinggan tapi tak sangka pinggan tu terlebih satu. So mereka pun letak lah pinggan kosong tu di tepi... Tak lama lepas tu apa lagi, Si Oyen kata pinggan ni untuk aku kot... huhuhu... dengan selamba jer dia duduk dalam pinggan tu...

Bila Ida tengok aksi si Oyen ni maka Ida pun teringatkan si Tony Ida... kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi... Jom tengok aksi terlampau Tony di sini